Wednesday, July 25, 2007

SUMBANGAN JAMUAN BERBUKA PUASA DAN MORE LEPAS SOLAT TERAWIKH



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

WARGA DESA ALAM YANG DIHORMATI,

Tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa surau kali 4/2007 telah memutuskan untuk memohon sumbangan tuan/puan bagi tujuan di atas. Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang ingin menyumbang bolehlah mengisi nama dan nombor telefon pada borang berkenaan di papan kenyataan surau.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi Surau Sdr. Ahmad Shakri (012-2422922) atau Sdr. Muhd. Afif (019-2677242) atau mana-mana AJK surau.

Jasabaik dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami dihargai dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Kathiro. Semoga sumbangan derma ini akan menjadi amal jariah dan beroleh ganjaran di sisi Allah S.W.T.

Sekian terima kasih. Wassalamualaikum wrh. wbt.

Yang benar,
PENGERUSI SURAU AL-AMIN U12, DESA ALAM

Monday, July 23, 2007

MOHON SUMBANGAN BAGI BAGI JULAI - DISEMBER 2007


Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa surau kali 4/2007 telah memutuskan untuk memohon sumbangan tuan/puan bagi kegunaan surau terutamanya persiapan untuk sambutan Ramadhan Al-Mubarak. Jumlah sumbangan minimum yang telah diputuskan oleh jawatankuasa ialah sejumlah RM50 sahaja dan tiada had maksimum.

Sehubungan dengan ini, tuan/puan bolehlah menyerahkan sumbangan kepada ahli jawatankuasa yang telah dilantik seperti lampiran surat.

Sila pastikan tuan/puan menandatangani borang sumbangan yang disediakan oleh pihak surau sebagai bukti pembayaran untuk rujukan di masa yang akan datang. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi Surau Sdr. Ahmad Shakri Tarmuchi (012-2422922) atau Sdr. Muhd. Afif Yusoff (019-2677242) atau mana-mana AJK di atas.

Jasabaik dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami dihargai dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Kathiro. Semoga sumbangan derma ini akan menjadi amal jariah dan beroleh ganjaran di sisi Allah S.W.T.

Sekian terima kasih. Wassalamualaikum wrh. wbt.

Yang Menjalankan Tugas,
Setiausaha Surau Al-Amin.

Wednesday, July 11, 2007

Ahlan Wasahlan



Assalamualaikum,

Selamat datang ke blog Surau Al-Amin U12, Desa Alam, Shah Alam. Surau kami mula beroperasi pada Februari 2007. Warga Desa Alam telah diduduki bermula Januari 2007 dan semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Alhamdulillah... Surau kami disediakan oleh pemaju dengan kelengkapan untuk solat berjemaah. Walau bagaimanapun pihak surau masih memerlukan sumbangan tuan/puan bagi mengimarahkan surau ini dengan kelengkapan asas serta majlis ilmu untuk manfaat bersama.
SU Surau Al-Amin...

Ahlan Wasahlan & Salam Ukhuwah

Assalamualaikum,

Ahlan Wasahlan diucapkan kepada pengunjung Blog Surau Al-Amin U12, Desa Alam, Shah Alam. Surau kami mula beroperasi pada Februari 2007. Kami mengalukan sebarang cadangan atau pandangan atau komen untuk kebaikan bersama.

Pengerusi Surau Al-Amin.


SurauAlAmin@gmail.com

Surau Al-Amin

:: Iklan ::

Sambutan Isra' Mikraj & Ramadhan

Powered By Blogger