Monday, July 23, 2007

MOHON SUMBANGAN BAGI BAGI JULAI - DISEMBER 2007


Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa surau kali 4/2007 telah memutuskan untuk memohon sumbangan tuan/puan bagi kegunaan surau terutamanya persiapan untuk sambutan Ramadhan Al-Mubarak. Jumlah sumbangan minimum yang telah diputuskan oleh jawatankuasa ialah sejumlah RM50 sahaja dan tiada had maksimum.

Sehubungan dengan ini, tuan/puan bolehlah menyerahkan sumbangan kepada ahli jawatankuasa yang telah dilantik seperti lampiran surat.

Sila pastikan tuan/puan menandatangani borang sumbangan yang disediakan oleh pihak surau sebagai bukti pembayaran untuk rujukan di masa yang akan datang. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi Surau Sdr. Ahmad Shakri Tarmuchi (012-2422922) atau Sdr. Muhd. Afif Yusoff (019-2677242) atau mana-mana AJK di atas.

Jasabaik dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami dihargai dan kami dahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Kathiro. Semoga sumbangan derma ini akan menjadi amal jariah dan beroleh ganjaran di sisi Allah S.W.T.

Sekian terima kasih. Wassalamualaikum wrh. wbt.

Yang Menjalankan Tugas,
Setiausaha Surau Al-Amin.

1 comment:

Anonymous said...

Mohon agar sumbangan di bayar sebelum 28 Ogos 2007

Ahlan Wasahlan & Salam Ukhuwah

Assalamualaikum,

Ahlan Wasahlan diucapkan kepada pengunjung Blog Surau Al-Amin U12, Desa Alam, Shah Alam. Surau kami mula beroperasi pada Februari 2007. Kami mengalukan sebarang cadangan atau pandangan atau komen untuk kebaikan bersama.

Pengerusi Surau Al-Amin.


SurauAlAmin@gmail.com

Surau Al-Amin

:: Iklan ::

Sambutan Isra' Mikraj & Ramadhan

Powered By Blogger