Friday, March 14, 2008

VCD Penting Bongkar Rahsia

VCD Penting Bongkar Rahsia Kiraan Di Bank Islam Lebih Baik

- Yang Jarang Diketahui Orang Awam Tetapi Difahami Oleh Businessman Non Muslim - Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Bagi sesiapa yang tidak mampu untuk ke kursus kewangan Islam saya atau mana-mana penerangan perbankan dan kewangan Islam yang saya bentangkan di seluruh Negara. Atas sebab-sebab tertentu, saya juga tidak ada kesempatan lagi untuk menganjurkan kursus kewangan Islam.
Namun, kini ada cara untuk anda mendengar info yang saya sampaikan. Iaitu melalui rakaman langsung dari Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi ini.

Jalan Keluar, Jika anda menghadapi kesukaran memberi faham kepada ibu bapa, sahabat handai, kemungkinan vcd ini berguna untuk menyakinkan mereka.

Penerangan dalam vcd ini tidak hanya terhad kepada hujjah-hujjah dan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis sahaja, malah ia juga mempersembahkan hujjah kira-kira matematik yang diulas dalam bentuk mudah serta mampu difahamai oleh orang awam.

Sesungguhnya ia adalah satu kebenaran yang tersimpan dan tidak jelas termasuklah di kalangan pegawai dan kakitangan bank-bank Islam sendiri, apatah lagi orang awam. Salah Satu cara Penyebaran Info, Oleh kerana isu ini agak sukar untuk diterangkan dengan ringkas, setelah menggunakan jalan web site ini, ceramah dan kursus secara live, tulisan di akhbar dan majalah, kini saya memanjangkan lagi jalan penyebaran info untuk membetulkan salah faham ini dalam bentuk vcd.

Justeru, VCD ini diterbitkan untuk menyelesaikan segala salah faham yang wujud di kalangan anggota masyarakat mengenai sistem perbankan Islam. Ramai yang beranggapan bahawa sistem ini zalim dan tidak menguntungkan. Hakikatnya, ia bukan sahaja halal untuk diguna pakai, malah tidak langsung bersifat menindas sebagaimana sistem riba' yang diamalkan secara menyeluruh dalam sistem kapitalis yang dianjurkan oleh negara Barat.

VCD ini membongkar segala yang tersurat dan tersirat dalam sistem riba', di samping turut membuktikan bahawa system tersebut bukan sahaja haram, tetapi juga menindas pengguna dengan meletakkan faedah@bunga yang jauh lebih tinggi daripada jumlah yang sepatutnya. Menariknya melalui rakaman ini, segala fakta turut diselitkan dengan sistem perkiraan yang jelas dan mudah difahami.

Antara isu yang disentuh di dalam vcd ini :-
1) Kesan buruk dari sudut spiritual akibat keterlibatan dengan pinjaman riba rumah, kereta dan lain-lain
2) Mengapa bank Islam ambil untung lebih dari dua kali ganda?
3) Mengapa jika anda selesaikan baki sebelum tempoh akhir, tetapi masih kena bayar harga penuh kepada bank Islam. Apa pandangan Islam?
4) Bukti pembiayaan bank Islam lebih murah berbanding konvensional.
5) Bukti pinjaman konvensional adalah amat menindas dari sudut sipitual dan kira-kira sebenar walaupun kononnya bayaran bulanannya lebih murah.

Kualiti suara dan visual adalah sederhana, visual terang dan jelas cuma tidak seperti kualiti kamera besar oleh televisyen, kualiti suara boleh didengarai walalaiun tanpa hear phone namun ia tidak sejelas rakaman di studio. Walaupun cover yang dipaparkan color, namun cover yang sebenar adalah hitam putih sahaja. Namun isi lebih penting dari cover.
Jika anda berminat, boleh dapatkannya dengan cara berikut :-
Harga : RM 10
Kos Pos setiap satu vcd : RM 1
Penghantaran : Paling lewat dijangka dalam masa 1-2 minggu (bergantung kepada pej pos)
Pembayaran : Bank in' yuran dan emailkan resit serta nama dan alamat pos lengkap ke tibyan2006@gmail.com atau telefon ke nombor 019-6096 117 atau 017-681 7810 atau faks resit bayaran dan nama ke 03-80605415
No akaun :
Nama : Zaharuddin Abd RahmanBank : Maybank ( Wadiah Acct ) Cawangan : Jln Tun Perak, PuduNo Akaun Semasa : 164017071347
Nama : Zaharuddin Abd RahmanBank : Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan : KL SentralNo. Akaun Simpanan: 14023010023571
Nama : Zaharuddin Abd RahmanBank : RHB Islamic Bank BerhadCawangan : CUKLNo Akaun Semasa : 214 013 60000 425
Semoga Bermanfaat
Sekian
ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
http://www.zaharuddin.net/
7 Mac 08

Ahlan Wasahlan & Salam Ukhuwah

Assalamualaikum,

Ahlan Wasahlan diucapkan kepada pengunjung Blog Surau Al-Amin U12, Desa Alam, Shah Alam. Surau kami mula beroperasi pada Februari 2007. Kami mengalukan sebarang cadangan atau pandangan atau komen untuk kebaikan bersama.

Pengerusi Surau Al-Amin.


SurauAlAmin@gmail.com

Surau Al-Amin

:: Iklan ::

Sambutan Isra' Mikraj & Ramadhan

Powered By Blogger